Pertemuan menentang Syria 14 Mac nanti bakal dijadikan persediaan awal pasukan Harimau Muda bagi menghadapi kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun.
Menurut penolong jurulatih , Hassan Sazali, daripada 24 pemain yang dipanggil menjalani latihan, 20 daripadanya merupakan pemain berumur 22 tahun dan ke bawah.
Hanya 4 pemain sahaja yang tidak dapat beraksi di kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun nanti iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Shakir Ali, Fakri Saarani dan Affizie Faisal.
Peluang skuad negara ke Olimpik sudah pun tertutup, lantas pertemuan dengan Syria ini menjadi medan persediaan awal untuk membentuk pasukan menghadapi kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun nanti.
Namun bagi Hassan, perlawanan ini masih penting kerana ini merupakan peluang terakhir skuad Olimpik negara untuk memungut mata sekaligus menjaga maruah pasukan.
Skuad negara bakal berkunjung ke Stadium Nasional Raja Abdullah bagi bertemu Syria dalam perlawanan terakhir kumpulan C pada Rabu depan jam 7 petang.
0 500 org trpantas miliki jersi HARIMAU MALAYA:
Post a Comment
xyah pendam dalam aty ,komen jela ^_^