Assalamualaikum w.b.t
Bukan cinta terlarang ye. Tapi rindu terlarang. Dari tajuk entry, tuan blog seperti bagus je bila berdepan perasaan rindu. Macam nak bagitau tips rindu boleh di buang, di tepis macam tu saja.
Jadi.
Memang sangat tak betul lah jawapannya. Sebab saya sendiri tak ada beza macam orang-orang kebanyakan. Bila perasaan itu tiba-tiba datang, seharian hanya terbayang insan-insan yang di rindui :)
Ini cuma tips yang saya dapat daripada seseorang. Sebab saya rasa ia sangat berhasil, so, saya ingin share bagi mereka yang juga di timpa perasaan yang tak di undang ini.
rindukan siapa?
Salah satu tips bila teringat/rindu datang menjengah di hati suka-suka hati.
Terimalah rindu sebagai bukti menunjukkan diri kita masih seorang yang normal :)
Jangan berasa marah terhadap rindu. Jangan sedih bila rindu. Jangan biarkan rindu mengganggu kehidupan sehari-harian kita.
Rindu yang ada bukan untuk di buang. Tapi, rindu itu hendaklah di kawal oleh setiap empunya badan. Kalau rindu pada pasangan yang halal, di persilakan dan di alu-alukan menghubungi pasangan seandainya dia berada di kejauhan.
Sebaliknya bagi yang ada rindu pada orang-orang yang tak sepatutnya seperti yang...
belum ada atau sudah ada pasangan, tapi ada rindu pada pasangan orang lain.
atau
rindu pada bekas teman lelaki/perempuan.
atau
rindu pada seseorang yang tak mengetahui bahawa kita rindu pada dia. *tergeliat lidah sebut rindu*?
Di sinilah bermulanya tugas diri mengawal perasaan:
1) Jangan Paksa Diri, Cuba Untuk Redha
Melakukan sesuatu perkara dengan cara terpaksa, selalu berakhir dengan rasa sakit atau penat. Parah rindu selalu semakin menjadi-jadi bila kita masih mengharapkan sesuatu dari cinta insan terlarang.
Terima hakikat bahawa dia bukanlah orang yang di takdir sebagai jodoh kita, akan membantu kita menghilangkan perasaan tak di undang. Percayalah.
2) Doa Untuk Dia
Apa kita buat kalau kita jatuh hati pada seseorang? Tentu kita berharap dia menjadi takdir jodoh kita. Tapi, di sebabkan dia yang kita maksudkan sudah memiliki orang lain. Maka, setiap kali rindu itu mengganggu, doakanlah insan yang kita ingat itu mampu hidup bahagia walaupun tanpa kehadiran kita.
Logiknya, bila kita mengharapkan perkara baik-baik berlaku pada orang berkenaan. Bererti kita betul-betul sudah mampu percaya segala yang berlaku adalah ketentuan Allah yang tidak pernah dengan tujuan menganiaya. Tak pernah. Melainkan segala yang di atur adalah aturan terbaik untuk semua pihak. Ya, semua pihak.
3) Terrrr Ingat Itu Tak Salah, Contact Jangan Sekali
Kita sebenarnya sedar kita tak mampu miliki sesuatu. So, jangan geli-gelikan tangan untuk menghubungi orang-orang tersebut. JANGAN. Jangan rendahkan harga diri kerana insan-insan yang takkan menjadi milik kita. Sesekali jangan!
4) Doa Untuk Diri Sendiri Juga
Dalam kita mendoakan orang lain. Jangan lupa mendoakan untuk diri sendiri jugak. Doa senjata kekuatan orang mukmin. Doa bererti kita percaya ada yang Maha Kuasa mampu membantu kita dalam apa jua keadaan. Doa padaNya, bererti kita yakin kewujudan Pencipta Yang Berkuasa Mutlak ke atas setiap makhluk.
Antara doa yang boleh di amalkan :
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
maksudnya:
"Wahai Tuhan kami, anugerahkalah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa" -surah al-Furqaan:74
Percayalah ketentuan Allah dalam memasang-masangkan setiap mahluk di muka bumi ini seperti yang dimaksudkan dalam al-Quran:
"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-mkhluk semuanya berpasangan samada yang di tumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak ketahui"- surah yasiin: 36
harap dapat memberi manfaat kepada semua .. saya juga sedang dalam proses muhasabah diri .. semoga tuhan memakbulkan doa kita .. Aminn ..
Wassalam :)